Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca2 blog simple gila babasku ini, hurmmmm....sape2 yang berminat mengetahui panduan diet untuk golongan berdarah O, tak kisah la O+ ke, O- ke....walaubagaimanapun, sesaper yang out of chart, tokseh bersedih kerana ini hanya untuk perkongsian bersama.
Pertama sekali, mukadimah sangat penting ya...secara basicnya, golongan darah O memiliki ciri istimewa seperti sistem kekebalan terhadap penyakit yang mantap, however, keburukannya pun banyak....seseorang berdarah O memiliki kandungan asid yang tinggi dan mudah mengalami gangguan pencernaan. So, disarankan memakan makanan tinggi protein seperti sayuran dan buah-buahan organik serta makanan yang rendah karbohidrat. Pokoknya, sayuran kaya dengan serat yang mampu mencegah kanser saluran pencernaan dan sembelit.
PERHATIAN!!!!....pengambilan beberapa jenis kacang dan bijian harus dibatasi pengambilannya oleh kerana kandungan protein yang tinggi. Pengambilan beberapa bijian akan membuat golongan darah O cenderung membuatkan sel-sel otot lebih berasid dan mengurangkan metabolisme zat gizi lain.
Makanan laut dan daging sangat sesuai bagi golongan darah O. Tekanan yang dihadapi seharian akan menyebabkan semakin banyak protein haiwan yang diperlukan dan sebab itulah daging sangat sesuai bagi golongan berdarah O, apatah lagi daging mudah dicernakan oleh golongan berdarah O.
Golongan darah O harus mengurangkan penggunaan produk hasil daripada susu kerana kandungan lektin dalam produk susu sangat TINGGI!!...
Adakah anda OK sekarang ataupun masih blur2??....apa2 pun, itu sahaja info yang mampu saya share ngan korang semua dan ingatlah bahawa, apa pun jenis golongan darah yang ada dalam tubuh manusia, ia merupakan satu elemen tubuh yang sangat penting. Akhir sekali, sayangilah diri anda dan.........
SAYANGILAH DARAH ANDA......=)




